KURSUS ONLINE: RAHSIA PEMBUATAN BAJA ORGANIK

View previous topic View next topic Go down

KURSUS ONLINE: RAHSIA PEMBUATAN BAJA ORGANIK

Post  MELOR on Mon Jul 07, 2008 2:21 pm

Salam, tuan-tuan sekalian
Nama saya Melor Mohd Daud dari Lenggong, Perak.Saya adalah pengedar baja organik ALFA-G dan sangat berminat dengan ilmu baja dan teknologi effective microorganism (EM). Tujuan saya berkongsi ilmu disini adalah untuk perkongsian ilmu saya dan para pembaca serta memperkenalkan kelainan produk saya, iaitu baja organik ALFA-G.
Silalah turut serta.

PENGENALAN BAJA KOMPOS
Bokashi atau baja kompos organik secara komersil, popular di serata dunia sebagai alternatif untuk membuat 'sampah yang mesra alam' di rumah-rumah dan apartmen serta djadikan baja untuk tanaman. Dalam bidang pertanian, bokashi adalah teknik penyediaan media tanaman atau baja organik untuk meningkatkan kualiti tanaman dan kesuburan tanah tetapi masih mengealkan kelestarian alam semulajadi..

Penggunaan kompos dan EM mempunyai dwifungsi yang saling berkait. Pertama menyuburkan tanah dengan meningkatkan kesihatan tanah melalui tindakan mikroorganisma atau cacing. Kedua, mikrob tadi membantu memecahkan kandungan kompleks nutrien dalam tanah kepada bentuk lebih ringkas yang mudah diserap oleh tumbuhan untuk pertumbuhan yang sihat. Kedua-dua perkara ini saling berkait dan simbiosis di antara keduanya meneruskan kelangsungan satu sama lain.

Pertama kali saya mengenal bakteria ini daripada seorang perunding pertanian, Hj Abd Rahman b Hj Omar dari Kuala Kedah, Kedah, pemilik HAR Agric Sdn Bhd. Beliau menggariskan kandungan tanah bokashi yang disyorkan oleh petani-petani Jepun.

BAHAN-BAHAN:

1. BMO 20ML
2. Dedak kasar 1 guni
3. Tahi ayam 1 guni
4. Melukut 1 guni
5. Gula merah 40mg (< 1kg)


LANGKAH-LANGKAH:
campur dedak, tahi ayam & melukut, gaul sebati
masukkan gula merah 2 sudu (40mg) dan kacau
siram pada campuran tanah tadi (6tidak10L bg 1 penyiram)
uji. ambil segenggam tanah bokashi & letak ats permukaan lantai. jika banyak air yang keluar, campurkan dedak. jika kurang, tambah air. ia sepatutnya duduk sekepal
tutup tanah bokashi dengan plastik. biarkan selepas 2 hari
buka selepas 2 hari, tanah akan berwarna keputihan (45-65degC). panas.boleh menyebabkan kulit melecur.Gaul guna scoop. uij semula. ulangi gaul dan uji setiap 2 hari sehingga 2 minggu. suhunya akan turun kepada 45-30degC
selepas 2 minggu, tidak perlu tudung lagi, ridai2kan tanah. keringkan.

kunjungi blog saya BOKASHI FARMER di http://ww/impaxbokashi.wordpress.com untuk lebih banyak resepi dan rahsia pembikinan baja bermutu.

Selamat mencuba!
Smile

MELOR

Posts: 2
Join date: 2008-06-13
Age: 31
Location: Lenggong, Perak

View user profile http://www.impaxbokashi.wordpress.com

Back to top Go down

RAHSIA #1: ZEOLITE

Post  MELOR on Mon Jul 07, 2008 2:31 pm

ZEOLITE

Apakah unsur yang menjadikan tumbuhan hidup subur dan sedikit sahaja penggunaannya mampu memberikan impak yang besar? Saya akan rungkaikan apakah rahsia pembikinan baja organik yang bermutu tinggi yang menjadi rahsia agung resepi baja organik.

RAHSIA 1: ZEOLITE MENGANDUNGI MINERAL YANG TINGGI
Pernahkah para pembaca terfikir bagaimana Allah jadikan pokok-pokok yang batangnya besar dan gagah dapat bersaing dan makan di atas gunung yang kurang tanah tanih, berbatu-batan dan padat dengan hidupan itu? Jawapannya batu zeolite.

Zeolite merupakan batu mineral yang tersimpan dalam gua-gua, puncak-puncak bukit dan gunung. Zeolite mengandungi kandungan zat galian yang tinggi serta merupakan keperluan yang penting dalam pertumbuhan pokok. Pokok-pokok yang tua dan berbatang besar dapat hidup di atas bukit yang kurang keluasan tanah pamahnya dan padat dengan tumbuhan kerana akarnya yang kuat itu menyelusuri bumi jauh ke dalam tanah, mencari batu zeolite. Zeolite membekalkan hampir 50 JENIS MINERAL / UNSUR SURIHAN yang diperlukan untuk survival pokok.

STUKTUR UNIK ZEOLITE
Keajaiban zeolite terletak pada fitrahnya yakni mempunyai stuktur seperti sarang lebah. Zeolite merupakan sejenis silika. Ia terdiri daripada rangkaian tetrahedron dua sebatian iaitu SiO4 dan AlO4 yang terbina dalam saiz yang hampir seragam dan menyerupai struktur sarang lebah. Untuk membentuk unsur zeolite, nisbah antara silika dan alumina mestilah 1:2. Kelebihan pada struktur uniknya ini menjadikan kristal zeolite bersifat poros, dengan lorong dan lohong (lubang) yang mempunyai seribu guna.

Keporosan ini menyedia ruang yang cukup luas untuk berbagai-bagai cas positif untuk proses pertukaran cas yang amat penting bagi organisma. Sifat zeolite ialah bercas negatif. Maka cas-cas positif atau kation yang besar-besar seperti natrium, potasium, kalsium, barium, molekul air, ammonia, ion karbonat dan ion nitrat dapat berumah didalamnya.

TINGKATKAN KUALITI TANAMAN & TERNAKAN DENGAN PENGGUNAAN SERBUK ZEOLITE
Anda mahukan perbincangan lanjut mengenai zeolite? Ajukan pada saya. Saya membekalkan batu zeolite dalam bentuk serbuk, berwarna kelabu kehitaman. Ianya amat baik untuk pembikinan baja, makanan ternakan atau ditabur terus pada tanaman. Harga: RM40/kg. Hubungi saya di 012-894 6014 dan lawatilah blog saya BOKASHI FARMER di http://www.impaxbokashi.wordpress.com untuk maklumat yang lebih terperinci..

MELOR

Posts: 2
Join date: 2008-06-13
Age: 31
Location: Lenggong, Perak

View user profile http://www.impaxbokashi.wordpress.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum