Chitosan Miracle Water (untuk ternakan dan tanaman)

View previous topic View next topic Go down

Chitosan Miracle Water (untuk ternakan dan tanaman)

Post  nikjohari on Fri Nov 06, 2009 10:58 am

www.chitosan.com.my

A. Apakah Chitosan

Chitosan adalah sejenis bahan biopolimer semulajadi dan boleh ditemui dalam kulit haiwan seperti udang dan ketam. Ia adalah bahan semulajadi yang luar biasa serta unik dan mampu terurai sendiri.

Chitosan adalah selamat digunakan oleh manusia dan tidak mendatangkan kerosakan kepada alam sekitar, di samping tidak menyebabkan sebarang alahan, tidak mudah terbakar dan tidak toksik. Chitosan dapat meningkatkan jumlah organisma bermanfaat yang terkandung di dalam tanah seperti cacing, bacteria dan sebagainya.


B. Chitosan Miracle Water

Chitosan Miracle Water bukan baja, bukan hormon dan bukan vitamin, bukan ubat dan bukan juga bahan kimia. Ia diekstrak daripada 100% kulit udang dan dan adalah sejenis biopolimer, oleh itu, ia selamat untuk digunakan tanpa meninggalkan kesan sampingan, seperti hasil kajian yang dilaporkan oleh Seksyen Penyelidikan Planetarium, Universiti Kasetsat, Kampangsan, Thailand.

Untuk tanaman, Chitosan berfungsi sebagai perangsang untuk tumbuhan menyerap nutrien dan baja dengan semula jadi dan sempurna serta meningkatkan daya tahan atau imun tanaman itu sendiri. Kesan Chitosan pada tanaman boleh dilihat selepas penggunaan kali kedua (atau 10 hari) sahaja. Pada peringkat permulaan, daun tanaman akan menjadi hijau terang, segar dan putik atau bunga akan mula bercambah dengan banyak.

Bagi ternakan (darat dan air) Chitosan berfungsi untuk membantu sistem penghadaman dan memudahkan proses penguraian dan pencernaan yang lebih sempurna sekaligus merangsang tumbesaran yang lebih cepat secara sihat. Kesan Chitosan pada haiwan ternakan boleh dilihat selepas penggunaan kali ke empat (atau 20 hari) sahaja. Sistem pencernaan ternakan akan mengurai dan mencerna makanan dengan lebih baik. Haiwan ternakan akan menerima manfaat sepenuhnya terhadap makanan yang dimakannya. Ini menjadikan ternakan akan lebih sihat, mempunyai daya tahan yang kuat dan tahap kesuburan yang tinggi.


C. Manfaat Chitosan terhadap tanaman

1. Mengurangkan kos penghasilan secara ketara disebabkan pengurangan penggunaan baja dan racun serangga ke atas tanaman (terdapat kes di mana para petani menghentikan penggunaan baja dan racun serangga kerana keadaan tanah yang bertambah baik dan wujudnya imuniti semulajadi dalam tanaman)

2. Meningkatkan jumlah hasil tanaman disebabkan oleh nutrient yang seimbang dan baik untuk pokok yang membolehkan pokok menghasilkan imuniti sendiri.

3. Meningkatkan kualiti produk, iaitu penambahan nilai kepada hasil tanaman dan menghsilkan tanaman yang memenuhi spesifikasi serta piawaian yang ditetapkan dalam pasaran.

4. Menghapuskan penggunaan bahan kimia dalam tumbuhan secara berperingkat.


D. Manfaat Chitosan terhadap ternakan (darat dan air)

1. Meningkatkan selera makan dan membantu haiwan untuk makan dengan lebih baik serta meningkatkan pertumbuhan

2. Memperbaiki system penghadaman haiwan dengan meningkatkan bakteria yang berguna untuk membantu proses penghadaman dengan lebih berkesan

3. Mengurangkan penyakit berkaitan penghadaman dan kematian yang disebabkan oleh jangkitan bakteria berbahaya

4. Boleh digunakan untuk SEMUA jenis haiwan ternakan seperti lembu, kambing, udang, ayam, itik dan ikan

Chitosan Miracle Water

nikjohari

Posts : 1
Join date : 2009-11-06

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum